Sabtu, 15 Oktober 2016

Apa boleh kita buat ye kalau nak berat turun?

Assalammualaikum & salam sejahtera

Macam2 cara dah dibuat tapi berat cam tak turun, still cam tak de beza pon, huhuhu. Maybe cara tu tak betul , maybe cara tu betul tapi kita ni yg tak komited, hahaha. Bagi sis, kita sendiri kena faham diri kita ni macam mana. Kat sini sis ade buat senarai apa yg boleh kita buat if nak turunkan berat. Meh kita check apa leh kita buat ye ✌πŸ˜‰.

1) Hindari makanan yg tak sihat
Junk food, fast food, processed food, softdrinks ... mmm sedap nye la haa. Tapi sepatutnya group mkanan ini yg kita patut jauhkan dr masuk dlm badan kita, hehe. Makanan ni kebanyakannnya kandungan garam dan gula tinggi. Kalau rasa nak mengunyah baik kita makan kekacang, sbb kekacang ade dlm piramid makanan. Cuma kawal lar pengambilan ye. Kalau lapar baik makan nasi putih dan lauk2 yg berkhasiat. Lagi satu, cuba kurangkan mengambil makanan yg ada MSG. Kalau ladies masak, tak payah lar letak MSG. Sis tak guna MSG if masak sebab mama sis memang tak penah ajar masukkan MSG, kat rumah sis memang tak ade MSG hehehe.

2)Kawal pemakanan
Kawal makanan, kawal apa yg dimakan, kawal apa yg dipilih utk dimakan...kawal kawal kawal. Makan setakat kenyang saja, jgn tambah2. Kalau mkn nasi putih time lunch tu ambil portion yg rasa cukup jer utk kenyangkan perut. Lauk2 pon ambil setakat yg cukup utk kenyang. Jangan tambah, habiskan yg dlm pinggan tu aje. Sis tak galakkan cut carbs, sbb cara pemakanan yg baik adalah mengikut piramid makanan, tapi kawal kuantiti. Makan dlm kuantiti sedikit tetapi kerap adalah bagus utk naikkan metabolism. Buah elok mkn sblm mkn mknan lain, contoh time lunch,mkn dulu buah sebelum mkn nasi. Itu pon sunnah kan, mkn buah dulu. Sis penah baca, buah tembikai dan pisang elok utk diet. Tembikai bagus mkn di waktu pagi, pisang time lunch. Ckp pasal sunnah, pemakanan sunnah juga boleh dicontohi , sbb boleh bantu dlm pengurusan berat badan hehehe. Ulam-ulaman pon bagus diamalkn, leh gantikan lauk sayuran... sis suke ulam, bila mkn nasi tu kalau ada ulam rase puas jer. Pilih lauk yg dimasak secara sihat. Makan lauk masak mcm org pantang bagus utk sape2 yg tgh cuba nak turunkan berat badan.

Sis suke ulam ulaman, berselera makan nasi hehehe

3) Minum air kosong tak kurang 2 liter sehari
Haaa...yg ni rata2 memang ramai yg susah nak buat. Nape ye? If ladies nekad nak turunkan berat badan, korban kan lah air manis2 tu hahahha... kurangkan pengambilan air manis, tak ambil langsung pon lg bagus. Sis ada baca yg minum air kosong dgn byk dapat naikkan metabolism. Minum jgk air kosong sebelum makan, nanti kita akan rasa cepat kenyang. Cuba elakkan minum air ais. Org tua2 cakap minum ais perut cepat buncit hahhaa. Elok minum air suam. If nak ambil air detox pon okay, pastikan sesuai dgn badan ladies. Sbb ade jer dok detox bagai tapi berat tak turun. Sis suka minum limau suam ✌. Cuba petua ni, minum air sebelum mandi dan gosok gigi, katanya dapat naikkan metabolism... sis sokmo bt, anda bila lagi hehheeh😁

Ni lar botol air kosong sis. Sehari sis mst pastikan tak kurang dari 2 botol sebab botol ni satu liter. 

4) Workout/exercise
Macam2 exercise leh kita buat. Simple workouts pon berlambak boleh tgk kat youtube. Ada yg tanya sis, workout ape yg sesuai nak turunkan berat badan. Sis suggest ladies try workout yg sis rase sis nak buat, if ladies rasa tiada perubahan, cuba workout lain. Sbb badan orang ni lain2. Jogging pon bagus. Tapi jangan push badan ladies. You can start dengan walking utk cardio, walk laju2 sampai berpeluh, then later if tak semput baru jog... bersukan pon bagus jugak. Ape pon segala aktiviti yg keluarkan peluh adalah bagus sebab kita akan rasa segar selepas berpeluh. Badan pon rasa fit. Buat aktiviti yg keluarkan peluh bagus, tak kisah lar dalam rumah atau luar rumah. Buat keje rumah pon boleh keluarkan peluh kan 😁. Macam mana pon bersukan, bersenam bagai if tak jaga cara makan pon tak elok jugak. Jadi sis amat percaya pemakanan main peranan yg penting. Penyakit pon datang dari apa yg kita makan jugak kan. So jagalah apa yg kamu makan ye. Bagi muslim, solat jugak satu senaman yg mungkin tidak kita sedari. Solat 5 waktu dah tentu, boleh tambah lagi solat2 sunat. Bagus tu. Sis pon tengah dan masih memperbaiki diri πŸ˜‰. Meh ler sesama la kite buat ye... in sha Allah.

5)Berpuasa bagi Muslim
Dgn cara berpuasa pon kita boleh turunkan berat badan. Cuba puasa sunat setiap hari isnin dan khamis. Nak puasa sunat yg lain2 pon boleh. Puasa ni bagus jugak utk kesihatan. Niat betul ke sebab nak puasa utk turun berat? Haha sis bukan ustazah nak komen bab2 gini, tapi sis percaya apa yg baik itu bagus, lagipon yg menilai adalah Allah. Puasa tu kan benda yg baik. Niat kita mula2 pon nak puasa, turun berat tu bonus. Tapi puasa tu puasa jugak, karang jangan pulak melantak time berbuka hahaha..makan setakat kenyang ye ladies, pilih ape yg nak dimakan sahaja ye 😁✌.

Okay ladies... cuba lar ye. Dari ape yg sis dah list di atas tu, slowly ladies leh belajar utk faham condition badan sendiri, ape yg sesuai dan ape yg tidak utk turunkan berat badan. Utk suggestion cara makan nak turunkan berat, ladies leh baca catatan sebelum ini.

Let's start from now✌πŸ˜‰ All da best!


-Sis Miranajwa-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan